Bekas pesakit Covid-19 di China disisihkan - Utusan Malaysia

Bekas pesakit Covid-19 di China disisihkan

PETUGAS kesihatan melakukan ujian swab untuk mengesan Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di Beijing, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bekas pesakit Covid-19 di China disisihkan selepas ramai mengaku terpaksa berdepan stigma negatif masyarakat yang melihat mereka sebagai pembawa wabak atau pencetus kluster.

Malah, golongan itu juga dianggap seperti pesakit AIDS yang akan berjangkit, sehingga menyusahkan mereka untuk kembali meneruskan kehidupan normal. 

Zuo berkata, dia masih berjuang untuk mendapatkan semula pekerjaannya selepas pulih daripada jangkitan Covid-19 sejak empat bulan lalu.  

Dia disahkan positif Covid-19 ketika bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pusat kuarantin terbesar di Shanghai. 

Wanita itu merupakan antara bekas pesakit Covid-19 yang menghadapi diskriminasi secara meluas berikutan pelaksanaan `dasar sifar Covid-19′ di China.

“Ramai takut mungkin dijangkiti virus itu daripada kami, jadi mereka bertindak menyisihkan kami.

“Malah, semasa temu duga, pihak majikan masih memeriksa rekod sejarah ujian saringan Covid-19 beberapa bulan lepas,” katanya.

Zuo mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya selepas gagal membayar gaji sejak dia jatuh sakit dan menggunakan alasan `sejarah penyakit’ untuk menghalangnya kembali bekerja.       

Kumpulan hak asasi manusia menyifatkan pelaksanaan peraturan ketat mencetuskan diskriminasi berkaitan Covid-19 sekali gus menyingkirkan ribuan orang dari pasaran pekerjaan China dengan golongan muda paling teruk terjejas.  

Sementara itu, Penganalisis di Pusat Pengajian Sains Bioperubatan, Universiti Hong Kong, Jin Dongyan berpandangan peraturan ketat menyebabkan ahli keluarga, jiran, rakan dan petugas barisan hadapan berdepan stigma sama. 

“Tidak rasional untuk menganggap bekas pesakit Covid-19 akan terus membawa virus itu meskipun sudah lama pulih daripada jangkitan tersebut.

“Ada segelintir individu bimbang mereka mudah dijangkiti semula tetapi hakikatnya adalah sebaliknya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.