Wanita di Gaza juga tidak terlepas jadi mangsa keganasan domestik

Wanita di Gaza juga tidak terlepas jadi mangsa keganasan domestik

SULEIMAN (kanan) dan isterinya, Nazmiya Baraka (kiri) menunjukkan gambar anak mereka, Istabraq yang dibunuh oleh suaminya setahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABASSAN: Seorang gadis berusia 17 tahun, Istabraq Baraka hamil tidak lama selepas dia melangsungkan perkahwinan di Semenanjung Gaza.

Namun, Istabraq tidak berpeluang menatap muka anak yang dikandungnya apabila dia dibunuh suami sendiri, tiga bulan selepas majlis perkahwinan mereka.

“Anak saya meninggal dunia akibat dipukul teruk sehingga menyebabkan pendarahan pada otak dan paru-paru, selain patah tulang rusuk,” menurut ibu wanita tersebut, Nazmiya.

Wanita berusia 53 tahun itu menceritakan mengenai kes pembunuhan anak perempuannya dan kehilangan cucu di dalam kandungan

Nazmiya di temubual ketika bersama suaminya, Suleiman di sebuah taman di Abassan, berhampiran bandar Khan Yunis di selatan wilayah Palestin.

Suleiman, 70, kelihatan mengesat air mata dengan bucu keffiyeh yang dililit pada kepalanya.

Suleiman kesal dengan prosiding undang-undang yang agak lambat sejak suami anaknya menyerah diri kepada polis sejurus selepas pembunuhan itu.

“Lelaki itu mengaku melakukan jenayah itu namun sudah lebih setahun tiada apa-apa tindakan yang diambil,” katanya.

Berdasarkan data dari Pusat Bantuan Guaman dan Kaunseling Wanita, kes pembunuhan golongan itu semakin meningkat di Gaza.

Organisasi itu melaporkan enam kes pembunuhan dan kematian yang mencurigakan berkaitan keganasan rumah tangga pada tahun 2019, selain meningkat kepada 19 kes pada tahun berikutnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keadaan bertambah buruk pada permulaan pandemik Covid-19 pada 2020.

Perintah berkurung yang dilaksanakan mengakibatkan mangsa ‘terkurung bersama pendera mereka’ menyaksikan peningkat kes penderaan domestik.

Sementara itu, seorang peguam dari Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, Ayah Alwakil berkata, wanita boleh mengalami keganasan akibat tingkah laku biasa suami mereka dalam masyarakat patriarki di Gaza.

“Sesetengah wanita tidak tahu hak mereka dan sebahagian lagi takut untuk ke mahkamah kerana kekurangan sokongan keluarga,” katanya.

Biro Pusat Statistik Palestin memaklumkan sebanyak 38 peratus wanita Gaza berdepan keganasan fizikal atau psikologi daripada suami mereka pada 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.