Rantai kaki, tangan anak kerana sering minta makan - Utusan Malaysia

Rantai kaki, tangan anak kerana sering minta makan

MANGSA pengabaian dan penderaan oleh ibu dan bapanya kini menerima rawatan di hospital di Jakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dirantai kakinya, dipercayai mangsa pengabaian dan penderaan menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, remaja yang mengenakan baju merah itu kelihatan amat kurus, dengan kakinya dirantai.

Dalam keadaan lemah, remaja itu menunjukkan isyarat dirinya lapar dan mahu makan kepada individu yang merakam videonya.

Remaja itu dipercayai keluar dari tempat kurungannya selepas ibu bapanya terlupa untuk mengunci pintu, sebelum dia ditemukan oleh para jiran.

Video itu dirakam oleh jirannya yang dikenali sebagai Fanny sebelum dia berkongsi kandungan tersebut dalam media sosialnya.

“Remaja itu dikenali sebagai R dan dia memberitahu, dia sangat lapar kerana ayah dan ibu tirinya tidak memberi dia makan, malah sering memukulnya.

“Disebabkan itu, kami berinya makan sambil menunggu pihak berkuasa datang ke lokasi,” kata Fanny kepada Kompas.com.

Polis kemudiannya menanggalkan rantai pada kakinya sebelum dibawa mandi di rumah jirannya.

Tidak lama kemudian, ibu bapa remaja itu datang dan memohon maaf atas yang berlaku serta meminta kebenaran untuk membawa anak mereka pulang ke rumah.

Polis membenarkan mereka membawa remaja itu pulang ke rumah dan pasangan suami isteri itu hanya ditahan selepas polis mengumpul maklumat.

Berdasarkan soal siasat, ibu tiri mangsa menyatakan mangsa sendiri yang minta dirantai dan polis menyifatkannya sebagai perkara tidak masuk akal.

Jurucakap polis, Hengki berkata, remaja itu mempunyai banyak kesan luka dipercayai akibat dipukul oleh bapanya dan kini menerima rawatan di hospital sebelum dihantar ke rumah kebajikan.

“Ibu dan bapanya juga memberi alasan mereka merantai mangsa kerana dia sering minta makan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya