India hapuskan caj perkhidmatan di hotel, restoran

India hapuskan caj perkhidmatan di hotel, restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI LANKA: Semua hotel dan restoran di India dilarang mengenakan caj perkhidmatan di dalam bil kepada setiap pelanggan.

Lapor BBC, arahan itu berkuatkuasa selepas pihak perlindungan pengguna memaklumkan menerima banyak aduan daripada pelanggan yang dipaksa membayar caj tersebut.

Difahamkan, kebanyakan restoran kerap menambah caj sebanyak lima ke 15 peratus dalam resit pelanggan di bawah ‘caj perkhidmatan’.

Peraturan baharu menetapkan restoran tidak lagi boleh ‘menambah caj perkhidmatan secara automatik’ di dalam bil tersebut.

Arahan baharu turut melarang restoran daripada mengambil imbuhan daripada pelanggan dengan ‘menggunakan sebarang nama’ atau ‘melarang pelanggan masuk sekiranya tidak membayar imbuhan’.

Pada 2017, Jabatan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan garis panduan mengenai pengguna hanya perlu membayar harga yang dipamerkan dalam senarai menu termasuk cukai yang dikenakan kerajaan.

Menurut jabatan itu, orang ramai boleh menggunakan ‘budi bicara’ sama ada perlu atau tidak memberikan imbuhan dan caj tambahan tanpa persetujuan pelanggan adalah ‘amalan perniagaan tidak adil’.

Kerajaan sebaliknya menggalakkan restoran membayar gaji yang adil kepada golongan pekerja serta menaikkan harga produk bagi menampung kos.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN