ALHAMDULILLAH, syukur dan segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menjalani ibadah puasa – Rukun Islam yang keempat, yang mewajibkan kita menahan diri daripada makan, minum dan perkara membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dilaksanakan oleh setiap Muslim yang baligh, berakal serta mampu.
Puasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah ia juga mempunyai pelbagai kelebihan dari segi kesihatan fizikal dan spiritual, termasuk mengawal diabetes, meningkatkan kesihatan jantung, membantu penurunan berat badan, meningkatkan fungsi otak dan daya tumpuan.
Dari aspek rohani, ia melatih kesabaran, meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, mengurangkan hawa nafsu dan memupuk keikhlasan serta disiplin diri. Secara keseluruhannya, puasa ialah terapi menyeluruh yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan jiwa.
Di bulan Ramadan ini juga, adalah waktu terbaik untuk kita muhasabah diri. Merenung kembali apa sahaja kelakukan kita di masa lalu yang tergelincir dari landasan kebenaran.
Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai ‘sumur’ untuk kita menyucikan diri daripada segala dosa yang kita lakukan sama ada secara sengaja, sedar atau tidak.
Dengan berpuasa juga kita dapat melawan hawa nafsu yang selama ini sering menjadi pendorong dan penghasut utama dalam diri kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar batas-batas ‘amar ma’ruf nahi munkar’.
Jadikanlah puasa tahun ini bukan hanya ritual tahunan, tetapi satu proses pembentukan diri yang menyeluruh—jasmani, emosi dan rohani. Dengan memahami tujuan dan menghayatinya sepenuh hati, puasa dapat menjadi titik tolak kepada kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna.
Kita yang masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menjalani ibadah puasa kali ini harus banyak bersyukur dan bertafakur. Ramai dalam kalangan ahli keluarga, sahabat-sahabat atau kenalan kita yang sudah pergi meninggalkan kita tanpa sempat berpuasa pada tahun ini.
Justeru, manfaatkanlah peluang keemasan yang dianugerahkan Allah SWT ini sebaik mungkin. Kautlah sebanyak mungkin segala fadilat yang dijanjikan Allah SWT sepanjang bulan Ramadan ini sebagai bekalan kita di akhirat nanti.
Dijangka sepanjang Ramadan ini juga beberapa isu besar seperti ekonomi, kes-kes jenayah membabitkan rasuah dan politik yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini akan ‘mengendur’ sementara, namun berita-berita luar negara seperti krisis politik di Peru, ketegangan isu nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, kerjasama nuklear AS-Hungary, perubahan politik di Asia Selatan dan nasib rakyat Palestin di Gaza akan terus menjadi topik utama.
Apapun kita bersyukur kerana keamanan dan kestablian ekonomi negara membolehkan rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa dan kaum Tionghua dapat menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dengan aman damai, biarpun negara ini sedikit diwarnai dengan krisis politik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kepada seluruh umat Islam, diucapkan ‘Selamat Menjalani Ibadah Puasa’. Semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. – UTUSAN
Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Jadikan Ramadan tahun ini terbaik

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved