Arab Saudi bukan iktiraf Israel, masih sokong Palestin

Arab Saudi bukan iktiraf Israel, masih sokong Palestin

ARAB Saudi bertegas akan terus menyokong Palestin dan pembukaan ruang udara kepada semua pesawat tidak mengubah pendirian itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Langkah yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi untuk membuka ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan bukan bertujuan untuk mengiktiraf Israel.

Menurut Charge d’Affaires Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed al-Atiq, keputusan itu dibuat bertujuan memenuhi keperluan penerbangan antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan PBB, di sini.

Dalam ucapannya, Mohammed turut mempertahankan pendirian Riyadh terhadap konflik yang melanda rakyat Palestin.

“Arab Saudi akan terus berdiri bersama dan menyokong rakyat Palestin.

“Pembukaan ruang udara ini bukan bermakna Riyadh mengiktiraf dan melupakan Palestin, kami tetap bersama mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.

Selain itu, Mohammed menegaskan, Riyadh masih memberi komitmen terhadap Inisiatif Damai Arab 2002 yang bertujuan menyelesaikan konflik Palestin dan Israel.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi )GACA) pada bulan lalu memutuskan untuk membuka ruang udara negara ini kepada semua pesawat yang memenuhi keperluan dan peraturan yang ditetapkan.

GACA menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi memenuhi kewajipan di bawah Konvensyen Chicago 1944 dan bagi melengkapkan usaha mengukuhkan negara ini sebagai hab global.

Katanya, hab global itu boleh menghubungan Arab Saudi dengan tiga benu, selain meningkatkan laluan udara antarabangsa.

Konvensyen Chicago menetapkan tiada diskriminasi antara pesawat awam yang digunakan dalam navigasi udara antarabangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya