Undang-undang senjata api mustahil dapat digubal di AS

Undang-undang senjata api mustahil dapat digubal di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Undang-undang pemilikan senjata api mustahil dapat digubal di Amerika Syarikat berikutan mendapat tentangan hebat dari ahli politik Republikan. 

Perwakilan Republikan melihat penggubalan undang-undang tersebut melanggar hak Pindaan Kedua Perlembagaan AS untuk memiliki senjata. 

Rabu lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan satu set langkah keselamatan senjata api yang menyeluruh, tetapi undang-undang itu tidak mempunyai peluang diluluskan di Senat. 

Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat (AS) bagi menggesa undang-undang pemilikan senjata api lebih ketat diluluskan berikutan dua insiden tembakan besar-besaran di negara itu.  

Lapor Reuters, Penganjur March of Our Lives (MFOL) menganggarkan hampir 40,000 orang berhimpun di National Mall berdekatan Monumen Washington walaupun hujan renyai. 

MFOL diasaskan oleh golongan pelajar yang terselamat semasa insiden tembakan besar-besaran 2018 di Parkland, Florida.  

Peserta protes yang mengambil bahagian dalam ratusan perarakan yang dianjurkan membawa slogan seperti ‘Saya mahu kebebasan daripada terkena tembakan’.

Seorang penyelidik perpustakaan dari New Jersey, Courtney Haggerty, 41, sanggup pergi ke Washington bersama anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. 

Katanya, insiden tembakan yang mengorbankan 26 nyawa di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newtown masih segar dalam ingatannya. 

Bagi Kay Klein, 65, guru pelatih dari Virginia, rakyat AS perlu menyingkirkan ahli politik yang enggan mengambil tindakan semasa pilihan raya pertengahan November depan. 

“Jika kita benar-benar mengambil berat tentang kanak-kanak dan keluarga, kita perlu turun mengundi,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN