Kematian lelaki OKU lembam di Bachok disyaki berunsur jenayah-Polis

Kematian lelaki OKU lembam di Bachok disyaki berunsur jenayah-Polis

TANGKAP layar laporan berita kematian OKU lembam di Bachok, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis tidak menolak kemungkinan kematian Muhammad Zakir Fikry Mohd. Zainal, 20, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori lembam di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati di sini, semalam mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada tanda-tanda berlaku kemalangan jalan raya.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati motosikal yang digunakan oleh mangsa dalam keadaan baik tanpa kerosakan.

“Berdasarkan keadaan tersebut, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘kecederaan di kepala akibat trauma tumpul’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, lelaki OKU lembam maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati di sini, semalam.

Muhammad Zakir Fikry menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, dekat sini kira-kira pukul 12.45 malam tadi selepas bertarung nyawa lebih 17 jam.

Terdahulu, dia ditemukan terbaring oleh penduduk kampung dengan berlumuran darah di bahagian muka dalam keadaan masih bernyawa di kawasan kejadian pada pukul 7.30 pagi, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN