Polis buru lelaki curi duit dan rantai leher di sebuah kuil

Polis buru lelaki curi duit dan rantai leher di sebuah kuil

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri wang dan seutas rantai leher pada patung sembahyang di sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, Batu Gajah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri wang dan seutas rantai leher pada patung sembahyang dalam kejadian di sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, laporan kejadian itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah pada pukul 2.52 petang.

Katanya, berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai mengambil wang yang diletakkan di atas talam dan melarikan seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang di Kuil Dewi Sri Maha Kaliamman.

“Polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi, mendapatkan rakaman CCTV dan meneliti semua aspek yang berkaitan bagi membantu siasatan.

“Usaha giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Azlan Ab. Wahab di talian 013-2755015 atau Sarjan Muhammad Hazim Mohd. Yussof di talian 012-3137597.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3629222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN