Singapura kesan kontak rapat kes jangkitan cacar monyet

Singapura kesan kontak rapat kes jangkitan cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan menjalankan operasi menjejaki kontak rapat selepas menerima laporan kes import jangkitan cacar monyet di negara ini. 

Lapor Channel News Asia, pengesanan kontak rapat masih diteruskan terhadap penumpang pesawat dan sepanjang tempoh pesakit tinggal di Singapura. 

Jelasnya, pada 16 Jun lalu, lelaki itu banyak menghabiskan masa di bilik hotel, mengunjungi tempat urut dan makan di tiga restoran.  

“Secara umum, risiko jangkitan terhadap pengunjung lain di lokasi tersebut masih rendah, seperti data menunjukkan cacar monyet merebak melalui sentuhan fizikal yang lama. 

“Dua individu yang mempunyai risiko kontak yang rendah masih berada di bawah pemantauan rapi. Individu yang berada di bawah pemantauan telefon akan menerima panggilan harian sepanjang 21 hari bagi mengesan sebarang simptom.

“Sekiranya mereka disyaki berjangkit, pesakit akan dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) bagi menjalani rawatan lanjut dan pengasingan untuk mengelakkan jangkitan,” katanya. 

Singapura mengesahkan seorang kru kabin syarikat penerbangan yang merupakan warga Britain dijangkiti cacar monyet. 

Lelaki berkenaan berada di Singapura antara 15 hingga 17 Jun lalu, dan sekali lagi pada 19 Jun ketika dia terbang masuk dan keluar dari negara ini. 

Lelaki berusia 42 tahun itu diuji dan disahkan positif jangkitan cacar monyet 20 Jun lalu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya