Jangkitan cacar monyet dikesan di Singapura - Utusan Malaysia

Jangkitan cacar monyet dikesan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes import jangkitan cacar monyet di negara ini.

Channel News Asia melaporkan, pesakit merupakan warganegara Britain berusia 42 tahun, bekerja sebagai kru kabin sebuah syarikat penerbangan.

Jelas kementerian, lelaki berkenaan berada di Singapura antara 15 hingga 17 Jun dan sekali lagi pada 19 Jun ketika dia terbang masuk dan keluar dari Singapura.

Dia diuji dan disahkan positif jangkitan cacar monyet pada 20 Jun lalu.

Pesakit tersebut kini menjalani rawatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan operasi menjejaki kontak rapat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya