Presiden Tunisia pecat 57 hakim terima rasuah, lindungi pengganas

Presiden Tunisia pecat 57 hakim terima rasuah, lindungi pengganas

PENYOKONG Parti Ennahda melancarkan demonstrasi menentang Presiden Tunisia, Kais Saied di ibu negara Tunis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Presiden Tunisia, Kais Saied memecat 57 hakim yang didakwa terlibat rasuah dan melindungi ‘pengganas’.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengubah semula sistem politik negara.

Menurut Kais, peluang demi peluang sudah diberikan serta amaran kepada badan kehakiman untuk membersihkan diri mereka daripada jenayah itu.

Beberapa jam selepas itu, beliau mengumumkan dekri rasmi berhubung pemecatan tersebut.

Antara hakim yang digugurkan ialah bekas Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi, Youssef Bouzaker.

Majlis itu bertindak sebagai penjamin utama kebebasan kehakiman sejak Revolusi Tunisia 2011 dan tindakan tersebut mencetuskan dakwaan Kais campur tangan dalam proses kehakiman.

Seorang lagi hakim yang disingkir ialah Bachir Akremi.

Beberapa aktivis politik berkata, hakim itu terlalu rapat dengan parti Ennahda dan menuduhnya menghentikan kes pendakwaan terhadapnya.

Parti Ennahda dan Bachir menafikan sama sekali dakwaan itu.

Tunisia dilanda kemelut politik sejak Kais membubarkan kerajaan pada 25 Julai, tahun lalu di tengah krisis ekonomi dan lonjakan kes Covid-19, dengan kebimbangan komuniti antarabangsa yang semakin meningkat.

Beliau mengambil alih pemerintahan negara dan mendakwa mahu menyelamatkan Tunisia daripada krisis.

Langkahnya kelihatan seperti mahu memenangi sokongan orang ramai selepas bertahun-tahun Tunisia terpalit rasuah, kemerosotan ekonomi dan kelumpuhan politik.

Tidak semena-mena tindakannya berubah menjadi kemarahan ramai disebabkan masalah inflasi, pengangguran serta perkhidmatan awam semakin merosot.

Suruhanjaya Pilihan Raya yang dahulunya adalah sebuah badan bebas juga kini sudah dikuasai Kais sepenuhnya.

Difahamkan, Kais akan memperkenalkan Perlembagaan baharu bulan ini yang menjadi referendum, Julai depan.

Bagaimanapun, hampir semua parti politik Tunisia menolak langkah itu bersama kesatuan buruh, UGTT.

Menurut UGTT, pekerja sektor awam akan melancarkan mogok 16 Jun depan, sekali gus memberi cabaran terbesar kepada rampasan kuasa Kais.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya