Pentadbiran Naftali Bennett goyah, pembangkang tolak usul RUU

Pentadbiran Naftali Bennett goyah, pembangkang tolak usul RUU di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kerajaan Israel gagal meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan memperbaharui dan menyokong status peneroka haram di kawasan Tebing Barat yang dijajah.

Kegagalan memperbaharui RUU itu Isnin lalu, menunjukkan sistem undang-undang yang terpisah serta kegagalan pihak keraajan meraih undi majoriti dalam Parlimen apabila usul ditolak pembangkang.

Dua anggota gabungan besar membabitkan parti Arab Raam dan parti berhaluan kiri Meretz, mengundi tidak menyokong pada bacaan pertama RUU berkenaan.

Dilaporkan, hampir 50,000 peneroka Israel menikmati kerakyatan Israel dan undang-undang rejim Zionis di penempatan Tebing Barat yang perlu disahkan di Parlimen setiap lima tahun.

Sedangkan, sebanyak tiga juta rakyat Palestin dibelenggu ketakutan di bawah pentadbiran undang-undang tentera Zionis yang sudah mencecah tempoh enam dekad.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Naftali Bennett.

Timbul kemungkinan gabungan itu akan membentangkan versi undang-undang baharu yang diubah suai.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid berkata, undian itu tidak akan menggulingkan kerajaan serta-merta.

“Seperti biasa selepas kalah, kami akan kembali lebih kuat dan menang pada pusingan seterusnya,” tulisnya dalam Twitter.

Sebelum ini, pembangkang mengumumkan akan mengundi untuk menentang RUU bagi menunjukkan ketidakpercayaan kepada kerajaan dengan berjaya meraih 58 undi berbanding 52 yang menyokong.

Jika RUU tersebut tidak diluluskan 1 Julai depan, lebih 475,000 penduduk haram Israel yang tinggal di Tebing Barat tidak akan menikmati keistimewaan seperti rakyat lain termasuk hak mengundi.

Dalam pada itu, tiga kumpulan hak asasi manusia berkata, situasi di wilayah yang dijajah itu sama dengan apartheid bagi rakyat Palestin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya