Justin Bieber hidap sindrom 'lumpuh muka', minta peminat mendoakan kesihatan - Utusan Malaysia

Justin Bieber hidap sindrom ‘lumpuh muka’, minta peminat mendoakan kesihatan

JUSTIN Bieber mendedahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi Justin Bieber mendedahkan kesukaran untuk mengunyah makanan selepas mengalami lumpuh muka akibat sindrom Ramsay Hunt.

Daily Mail melaporkan, penyakit itu dihidapinya hanya beberapa hari selepas terpaksa membatalkan konsert jelajah Justice World Tour dan meminta peminat mendoakan kesihatannya.

Bintang berusia 28 tahun itu melalui Instagram turut berkongsi video tiga minit menjelaskan diagnosis yang menyebabkan lumpuh muka.

Menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan lumpuh muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt adalah sementara, bagaimanapun, boleh menjadi kekal.

Mata kanan Justin tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia memulakan video dengan berkata: “Hai semua Justin di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku ini.

“Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat dengan wajah saya. Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka saya dan telah menyebabkan muka saya lumpuh”.

Sepanjang tahun ini dan 2023, Justin akan mengadakan konsert jelajah melibatkan beberapa bandar raya di Finland dan Australia selain Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya