Hina Nabi: 38 orang diberkas rancang protes di Mumbai

Hina Nabi: 38 orang diberkas rancang protes di Mumbai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India memberkas 38 orang kerana merusuh di bandar utara serta merancang protes yang dijadual diadakan di Mumbai.

Tangkapan di bandar Kanpur itu adalah sebahagian daripada usaha meredakan ketegangan agama yang timbul selepas dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP) menghina Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan yang disiarkan semasa siaran debat di televisyen dan Twitter mencetuskan kemarahan ramai termasuk dari dalam dan luar negara.

Disebabkan itu, beberapa pegawai tertinggi India terpaksa menguruskan isu yang membawa kepada krisis diplomatik selepas Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Pakistan menuntut permohonan maaf secara rasmi.

Kementerian Luar dalam kenyataan menjelaskan hantaran dalam Twitter dan komen yang menyinggung perasaan itu tidak menggambarkan langsung pandangan Kerajaan India.

Jurucakap Kerajaan, Arindam Bagchi berkata, tindakan tegas sudah diambil terhadap individu tersebut.

“Kami kesal kerana Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memilih untuk membuat komen yang mencetuskan salah faham dan kekeliruan,” katanya.

Umat Islam yang mewakili 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India sering berdepan ancaman Islamofobia selepas Mahkamah India mengekalkan larangan pemakaian hijab di dalam kelas institut pendidikan di negeri Karnataka.

Awal tahun lalu, pihak berkuasa Karnataka melarang mana-mana pelajar Islam yang berhijab memasuki kelas dan tindakan itu mencetuskan bantahan daripada pelbagai organisasi Islam.

Laporan Tahunan mengenai Islamophobia 2022 juga menunjukkan India berada di kedudukan pertama negara yang paling anti-Islam selain Amerika Syarikat, Perancis dan Israel.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya