Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus - Utusan Malaysia

Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes bunuh di negeri ini melonjak lebih 100 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu sekali gus menyifatkan jenayah berkenaan sesuatu yang sukar dijangka atau dicegah pihak berkuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, setakat ini sebanyak lima kes jenayah bunuh direkodkan berbanding hanya satu kes pada tahun lalu.

“Kalau dari segi peningkatan itu, memang bimbang juga sebab lebih 100 peratus berbanding tahun lepas dan ini baru empat bulan pertama.

“Kita tak boleh nak jangka bila orang nak bunuh orang. Ada kes berkaitan dadah, ada juga yang tidak positif dadah, jadi kita kena tengok dari kes ke kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kebanyakan kes berlaku secara tiba-tiba susulan pergaduhan dan tindakan di luar kawalan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Katanya, terbaharu polis berjaya menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi dalam tempoh singkat termasuk kes melibatkan seorang pelajar kolej baru-baru ini.

“Kita tengok kebanyakan kes berlaku secara spontan. Bergaduh, kemudian jadi bunuh.

“Sebab itu sukar untuk kita jangka atau cegah lebih awal,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN