Robot dilarang naik pesawat sebagai penumpang atau bagasi - Utusan Malaysia

Robot dilarang naik pesawat sebagai penumpang atau bagasi

ROBOT tidak dibenarkan menaiki semua pesawat Southwest Airlines. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Syarikat penerbangan Southwest Airlines kini melarang keras semua jenis robot berbentuk manusia atau humanoid atau menyerupai haiwan daripada menaiki pesawat mereka, lapor kemas kini terbaharu di laman web rasmi syarikat terbabit.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dallas itu mengesahkan bahawa robot jenis berkenaan dilarang sama sekali berada di dalam kabin mahupun ruang kargo, tanpa mengira saiz atau tujuan penggunaannya.

Pihak syarikat mendefinisikan ‘robot menyerupai manusia’ sebagai mana-mana mesin yang direka untuk meniru rupa paras, pergerakan atau tingkah laku manusia. Definisi yang sama turut diguna pakai bagi robot yang menyerupai haiwan.

Perubahan dasar ini dikuatkuasakan susulan beberapa insiden melibatkan robot dalam penerbangan Southwest yang tular di media sosial sebelum ini.

Dalam satu kejadian, sebuah penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Oakland dilaporkan tergendala seketika berikutan kru kabin terpaksa menentukan kaedah terbaik bagi mengendalikan sebuah robot.

Bagaimanapun, setelah pada mulanya dikategorikan sebagai bagasi bimbit yang tidak dibenarkan menduduki kerusi, pesawat itu akhirnya dibenarkan berlepas selepas robot berkenaan dipindahkan ke tempat duduk tingkap dan baterinya dikeluarkan.

Kes terbaharu pula melibatkan sebuah robot humanoid berketinggian 1 meter bernama Stewie yang dimiliki oleh seorang usahawan dari Dallas, Aaron Mehdizadeh.

Memetik laporan CBS News Texas, Mehdizadeh telah membeli tiket tempat duduk berasingan untuk robot tersebut bagi penerbangan dari Las Vegas ke Dallas, berbanding menghantarnya menggunakan perkhidmatan kargo.

“Rata-rata penumpang sangat teruja melihat robot menaiki pesawat dan ia menjadi hiburan buat mereka,” kata Mehdizadeh kepada agensi berita berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN