G7 peruntuk dana RM2.6 trilion bangunkan projek saingi China

G7 peruntuk dana RM2.6 trilion bangunkan projek saingi China

PEMBINAAN jalan tol menerusi projek infrastruktur Belt and Road dari Jakarta ke Lido yang akan menghubungkan lokasi taman tema di Jawa Barat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemimpin negara G7 mempunyai rancangan terperinci untuk menggerakkan dana berjumlah AS$600 bilion (RM2.6 trilion) dalam tempoh lima tahun bagi menyediakan prasarana untuk negara membangun.

Projek mega itu juga dilihat sebagai langkah untuk menyaingi pelan Belt and Road (BRI) China.

Lapor BBC, Perkongsian bagi Infrastruktur dan Pelaburan Global (PGII) dilancarkan semula semasa rundingan G7 di England, tahun lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, rancangan itu akan memberikan faedah kepada semua golongan.

“Saya mahu jelaskan ini bukan bantuan atau kerja amal, tetapi ini adalah pelaburan yang akan memberikan pulangan kepada semua orang,” katanya.

Inisiatif itu membolehkan negara-negara lain ‘melihat faedah konkrit bekerjasama dengan negara demokrasi’.

Pelan itu menyeru pemimpin G7 mengumpul AS$600 bilion dalam tempoh lima tahun bagi membiayai pelancaran projek infrastruktur di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

AS berjanji mengumpul AS$200 bilion (RM800 bilion) daripada jumlah itu melalui geran, dana Persekutuan dan pelaburan swasta.

Kesatuan Eropah pula mengumumkan tambahan 300 bilion pound (RM1.6 trilion).

BANTU NEGARA MEMBANGUN

Inisiatif itu menjurus ke arah menangani perubahan iklim, meningkatkan kesihatan global, mencapai kesaksamaan jantina dan membina infrastruktur digital.

Beberapa inisiatif yang diketengahkan termasuk projek berkuasa solar di Angola, kemudahan pembuatan vaksin di Senegal dan kabel telekomunikasi dasar laut sepanjang 1,609 kilometer yang menghubungkan Singapura ke Perancis melalui Mesir dan Afrika.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen berkata, matlamat projek baharu itu adalah membentangkan ‘dorongan pelaburan kuat yang positif kepada dunia untuk menunjukkan kepada rakan kongsi di negara membangun mereka mempunyai pilihan’.

Pelan infrastruktur itu diumumkan buat pertama kali semasa sidang kemuncak G7 2021 di Britain.

Projek yang digelar sebagai Build Back Better World ketika itu, diterajui oleh AS.

Bagaimanapun, ia bergerak agak perlahan dan projek itu dinamakan semula kepada PGII sebelum dibangkitkan semula pada sidang kemuncak 2022.

LAWAN CHINA

Pelan itu dibentangkan sebagai cara menentang BRI yang bercita-cita tinggi di China.

BRI dilancarkan oleh Presiden China, Xi Jinping pada 2013 dengan menyediakan pembiayaan bagi negara-negara membangun untuk membina infrastruktur seperti pelabuhan, jalan raya dan jambatan.

Walaupun BRI membangunkan hubungan perdagangan, projek itu juga dikritik sebagai satu cara menyediakan ‘pinjaman pemangsa’ kerana memaksa negara yang dibebani hutang menyerahkan aset utama jika gagal memenuhi pembayaran balik hutang.

Sebelum ini, Indonesia merekodkan antara penerima hutang terbesar dari China iaitu sebanyak AS$36 bilion (RM144 bilion) sepanjang tempoh 18 tahun.

Republik itu juga merupakan antara negara teratas penerima dana inisiatif BRI Beijing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya