Covid-19: Indonesia rekod kes lebih 1,000 empat hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Covid-19: Indonesia rekod kes lebih 1,000 empat hari berturut-turut

MASYARAKAT diingatkan supaya mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 bagi mengawal penularan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat melebihi 1,000 selama empat hari berturut-turut.

Sehingga kelmarin, kes jangkitan harian direkodkan sebanyak 1,264 dan pada hari yang sama, data merekodkan sebanyak lima orang meninggal dan 523 pesakit sembuh.

Sebelum itu, pada hari rabu, sebanyak 1,242 kes positif direkodkan, diikuti 1,173 kes pada Khamis dan 1,220 kes Jumaat.

Peningkatan kes Covid-19 di Indonesia ketika ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan kemunculan varian Omicron BA.4 dan BA.5.

Dalam pada itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengingatkan masyarakat supaya mengambil suntikan dos penggalak dan mematuhi peraturan pencegahan bagi mengelakkan lonjakan kes jangkitan terlalu tinggi.

“Sudah berapa kali saya pesan, mana yang belum ambil suntikan dos penggalak, sila ambil segera dan sentiasa berwaspada bagi mengawal penularan,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Hingga kelmarin, kira-kira 49 juta penduduk Indonesia sudah menerima suntikan dos penggalak atau bersamaan 23.29 peratus.

Sebelum ini, Jakarta menjadi antara lokasi paling tinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN