Tidak tidur lena rumah kian hampir dengan laut

Tidak tidur lena rumah kian hampir dengan laut

KEDUDUKAN laut yang semakin hampir dengan penempatan penduduk di pinggir pantai Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu. – MINGGUAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: “Hakisan berlaku setiap hari menyebabkan tidur saya tidak lena kerana bimbang rumah dibadai ombak.”

Demikian luahan kerisauan Khazmah Mohd. Zaki, 54, apabila rumahnya di Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut di sini, yang dahulu terletak kira-kira 200 meter dari garisan pantai kini menjadi kurang 50 meter sejak hakisan teruk melanda beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, sebelum ini jarak rumahnya ke pantai perlu melintasi jalan raya dan dua lot tanah namun kini hakisan menelan jalan dan satu lot tanah berhampiran.

“Saya mempunyai kedai makan berhampiran pantai namun ekoran hakisan yang tidak pernah berhenti menyebabkan premis kedai runtuh ditelan ombak pada 2024.

“Mujurlah semua peralatan sempat dipindahkan sebelum kejadian itu berlaku dan kini saya berniaga di halaman rumah secara kecil-kecilan,” katanya ditemui di Kampung Teluk Bayu, semalam.

Menurut Khazmah, jika berlaku air pasang besar bertembung hujan lebat turut menyebabkan beberapa rumah di kawasan tersebut ‘banjir’ de­ngan air laut.

Katanya, penduduk di kawasan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan tetap mendiami kediaman masing-masing meskipun masalah sama sering berulang.

Seorang lagi penduduk, Abdullah Seman, 65, berkata, kejadian hakisan itu mungkin dapat ditangani apabila projek benteng penahan ombak siap sepenuhnya nanti.

“Saya harap isu ini segera ditangani oleh pihak berwajib bagi mengelakkan lebih ba­nyak kerugian dan ancaman ke­selamatan kepada penduduk di pinggir pantai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN