Britain laksanakan kerja empat hari seminggu

Britain laksanakan kerja empat hari seminggu 

LEBIH 3,000 pekerja daripada 70 syarikat mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu. - BLOOMBERG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 3,000 pekerja daripada 70 syarikat di Britain melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu dengan masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Program percubaan itu merupakan skim perintis terbesar di dunia ketika negara bergelut dengan lebih banyak kekosongan pekerjaan berbanding jumlah pekerja yang sedia ada.

Lapor Daily Mail, kempen cara bekerja baharu itu dikendalikan oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama badan pemikir Autonomy, ahli akademik dari Universiti Oxford, Cambridge dan Kolej Boston di Amerika Syarikat (AS).

Pelbagai syarikat perniagaan dan badan amal mengambil bahagian dalam program percubaan ini antaranya Royal Society of Biology, Pressure Drop Brewery London dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi, Yo Telecom.  

Program percubaan itu akan menilai sama ada pekerja daripada syarikat terlibat berupaya melaksanakan produktiviti 100 peratus.

“Pekerja akan dibayar gaji penuh untuk 80 peratus masa mereka. 

“Namun, mereka membuat komitmen untuk menghasilkan 100 peratus produktiviti,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun, beberapa pengkritik menganggap konsep itu mustahil bagi beberapa jenis pekerjaan seperti perlu berdepan dengan pelanggan atau beroperasi 24 jam.

Satu kempen percubaan sistem bekerja empat hari seminggu di Perancis mendapati pekerja negara itu masih bekerja lebih masa. 

Malah, syarikat terpaksa membayar elaun kerja lebih masa kepada pekerja terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya