BESUT: Seekor gajah jantan yang ditangkap selepas berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, dekat sini, berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan mamalia itu melibatkan seramai 21 anggota Perhilitan dari Terengganu dan Johor. Menurutnya, gajah liar tersebut berjaya ditangkap pada pukul 3 petang, Rabu lalu. “Operasi ini bermula seawal pukul…










