Pekerja Britain enggan kembali ke pejabat - Utusan Malaysia

Pekerja Britain enggan kembali ke pejabat

PENDUDUK sedang melintasi jalan di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pekerja Britain mendahului senarai dunia yang enggan kembali semula ke pejabat, walaupun didesak oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi pengangkutan awam susulan pandemik Covid-19.  

Data baharu menunjukkan United Kingdom (UK) menduduki senarai teratas dalam satu kaji selidik yang mendapati warga Britain sanggup berhenti atau mencari pekerjaan baharu sekiranya diminta kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu.

Golongan wanita dikatakan mendominasi pekerja Britain yang menuntut gabungan kerja dari rumah dan pejabat, dengan 52 peratus mengaku sudah berhenti atau mempertimbangkan untuk meninggalkan pekerjaan disebabkan `tiada fleksibiliti’.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Work From Home Research (WFH Research) membabitkan 33,000 orang dari seluruh dunia.

Kaji selidik itu mendedahkan kira-kira 23 peratus pekerja Britain sanggup berhenti atau mencari pekerjaan baharu daripada kembali semula ke pejabat.

Jumlah itu mengatasi negara-negara lain dalam kaji selidik tersebut, termasuk Amerika Syarikat (14.8 peratus), Russia (15.7 peratus) dan China (8 peratus).

Selain itu, WRH Research turut mendedahkan rata-rata warga Britain lebih gemar bekerja dua hari seminggu dari rumah. 

Baru-baru ini, pengasas Phones4U, John Caudwell memberi amaran budaya kerja dari rumah boleh membawa `malapetaka’ kepada ekonomi Britain.

Komen itu dibuat ketika kerajaan masih berbincang mengenai rancangan meminta warga Britain kembali semula ke pejabat berikutan penarikan semua sekatan Covid-19 di UK.

Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, pengurangan kerja dari rumah akan meningkatkan produktiviti selain `memulihkan semula’ bandar dan pusat bandar di UK. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya