Pembubaran kurangkan ketegangan politik

Pembubaran kurangkan ketegangan politik

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam mampu mengurangkan ketegangan dan teka-teki politik negeri itu sekali gus memberikan kepastian rakyat mengenai hala tuju pentadbiran negeri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, dari sudut perundangan, pembubaran itu sah kerana mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor.

Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dengan tarikh pengundian ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Makin cepat PRN dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan, jika diadakan serentak lebih baik untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara supaya selepas PRN dan PRU16, kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat menumpukan kepada agenda pembangunan negeri dan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berdasarkan perkembangan semasa, PRN Johor tidak akan berlangsung serentak dengan PRU16 kecuali jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah mengejut dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN