Amalan dan perbuatan LGBT adalah jenayah - MUI

Amalan dan perbuatan LGBT adalah jenayah – MUI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersama barisan pemimpin organisasi Islam sepakat meminta Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menilai perbuatan dan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai kegiatan jenayah dalam Rang Undang-Undang Jenayah (RKUHP).

Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan mengenai LGBT yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Dakwah MUI.

Dalam rundingan yang dilakukan, pihak terlibat mendesak kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat menjadikan perbuatan homoseksual secara umum sebagai perbuatan jenayah.

Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI, Ahmad Zubaidi berkata, MUI bersama semua organisasi Islam menolak sekeras-kerasnya amalan LGBT, termasuk perkahwinan sejenis yang diperjuangkan oleh golongan tersebut.

“Dalam agama Islam, perbuatan dan budaya LGBT amat ditegah dan amat keji.

“MUI dan organisasi Islam di seluruh negara menentang perbuatan itu dan mahu kerajaan menilainya sebagai kegiatan jenayah yang boleh dikenakan hukuman jika disabit kesalahan,” katanya kepada CNN Indonesia.

Selain itu, Ahmad juga meminta kerajaan menyekat semua fahaman dan pengaruh LGBT menerusi media yang ketika ini disifatkan terlalu berleluasa.

Turut senada, Ketua MUI Bidang Dakwah, Cholil Nafis yang menyeru kerajaan supaya mengeluarkan peraturan undang-undang yang melarang perilaku LGBT.

“Dengan langkah ini, kegiatan songsang itu dapat dikawal dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Cholil turut menegaskan amalan LGBT hanya merugikan bangsa Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya