SEREMBAN: Undang Yang Empat menyangkal kenyataan media Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkaitan nasihat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berkenaan pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak. Mereka berkata, ahli-ahli yang hadir dalam sidang khas dewan tersebut pada Jumaat lalu tidak pernah mencapai sebarang keputusan secara kolektif dan kebulatan (sebulat suara) dalam isu kedudukan Mubarak. Mereka yakin dan percaya bahawa pernyataan Aminuddin dalam kenyataan media tersebut adalah…










