Ronaldo perlu 31 gol capai angka 1,000

Ronaldo perlu 31 gol capai angka 1,000

PERKEMBANGAN berkenaan mencetuskan kebimbangan menjelang saingan musim baharu, terutama selepas Al-Nassr berbelanja besar dalam usaha membina pasukan bertaraf bintang sejak membawa masuk Cristiano Ronaldo pada penghujung 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo terus memperkukuh legasinya sebagai antara pemain terhebat dunia apabila kini hanya memerlukan 31 gol lagi untuk mencapai angka luar biasa 1,000 jaringan sepanjang karier profesionalnya.

Bintang Portugal itu meledak gol ke-969 ketika membantu Al Nassr membelasah Al Wasl 4-0, bagi memastikan kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia 2.

Ronaldo meletakkan Al Nassr di depan menerusi sepakan penalti seawal minit ke-11 untuk menambah koleksi jaringan peribadinya musim ini kepada 26 gol.

“Saya tidak terlalu mengejar rekod, tetapi rekod akan datang sendiri jika saya terus bekerja keras dan membantu pasukan,” kata Ronaldo.

Selepas gol pembukaan itu, Al Nassr menguasai hampir keseluruhan permainan, sekali gus menafikan sebarang peluang buat Al Wasl untuk bangkit.

Pasukan tuan rumah menambah tiga lagi jaringan menerusi Inigo Martinez, Abdulelah Al Amri dan Sadio Mane bagi melengkapkan kemenangan bergaya serta mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik.

Ketajaman Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia terus membuktikan kemampuan luar biasa meskipun usia semakin meningkat, selain kekal sebagai watak paling berpengaruh dalam skuad Al Nassr.

Dengan angka 1,000 gol kini semakin hampir, tumpuan dunia bola sepak pastinya terus terarah kepada Ronaldo yang dilihat berada di landasan tepat untuk melakar satu lagi sejarah agung dalam karier gemilangnya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN