Thailand rekod kes pertama cacar monyet

Thailand rekod kes pertama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand merekodkan kes pertama cacar monyet atau monkeypox, apabila seorang penumpang dalam perjalanan dari Eropah yang transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok selama kira-kira dua jam ke Australia, dikesan mengalami gejala, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Pengarah Epidemiologi jabatan itu, Dr Chakkarat Pittawawongon, berkata individu yang positif cacar monyet itu mempunyai lepuh di muka dan badan dan mempunyai sejarah hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dalam tempoh 21 hari lalu, dan mengembara dari negara di mana terdapat jangkitan penyakit itu

“Beliau mempunyai sejarah terbabit dalam aktiviti dengan orang yang dijangkiti atau berkongsi bilik yang sama dengan seseorang yang dijangkiti,” katanya menurut portal berita Thai PBS World.

Chakkarat berkata, kes yang disyaki akan tertakluk kepada ujian, pemeriksaan latar belakang risiko, penyiasatan penyakit, rawatan dan kuarantin sehingga dibuktikan bahawa mereka bebas daripada penyakit itu.

Katanya, mereka yang dijangkiti akan diberi rawatan dan diasingkan selama 21 hari selepas diagnosis.

Beliau berkata, 12 anak kapal dan penumpang dalam penerbangan yang sama, yang berhubung rapat dengan individu berkenaan sudah dikuarantin di sini, selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan sebarang gejala yang dikaitkan dengan cacar monyet, tetapi mereka akan diasingkan selama 21 hari untuk memastikan mereka selamat.

“Selain itu, ujian makmal ke atas lima pelancong di Phuket, termasuk tiga beradik lelaki dari Ireland, yang pada mulanya dianggap dijangkiti cacar monyet selepas mereka mengalami lepuh, menunjukkan bahawa mereka virus herpes simplex (HSV) dan sedang menerima rawatan di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura.

“Pemeriksaan latar belakang ke atas tiga beradik terbabit menunjukkan mereka tidak pernah berhubung rapat dengan sesiapa yang dijangkiti cacar monyet,” katanya.

Di seluruh dunia, terdapat 406 kes yang disahkan dan 88 kes yang disyaki di 32 negara antara 7 Mei dan 29 Mei lalu.

Sementara itu, Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) Thailand turut meningkatkan saringan import hidupan liar di lapangan terbang dalam usaha membendung penularan cacar monyet.

Bangkok Post melaporkan bahawa DNP berusaha menyekat import haiwan liar sehingga langkah-langkah kawalan wabak cacar monyet dilaksanakan.

Pengarah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), bahagian perlindungan haiwan liar dan tumbuhan, Prasert Sornsathapornkul berkata cacar monyet telah dimasukkan ke dalam senarai penyakit untuk pemeriksaan berkala ke atas monyet.

Kakitangan DNP diminta mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai sarung tangan dan alas kaki pelindung semasa melakukan pemeriksaan ke atas haiwan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya