Sistem GPS pesawat dinaiki Setiausaha Pertahanan Britain dilumpuhkan - Utusan Malaysia

Sistem GPS pesawat dinaiki Setiausaha Pertahanan Britain dilumpuhkan

PERDANA Menteri Britain, Keir Starmer bersama John Healey (kanan). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Britain (RAF) yang membawa Setiausaha Pertahanan negara itu,  John Healey mengalami gangguan isyarat dan sistem Kedudukan Kedudukan Sejagat (GPS) dilumpuhkan ketika terbang berhampiran sempadan Russia minggu lalu, kata Kementerian Pertahanan pada Isnin.

Akhbar The Times terlebih dahulu melaporkan bahawa pesawat RAF itu kehilangan isyarat ketika Healey pulang ke Britain pada Khamis selepas melawat tentera negaranya yang ditempatkan di Estonia.

Kementerian Pertahanan Britain (MoD) mengesahkan kepada AFP bahawa laporan itu adalah tepat dan menambah: “Ini adalah gangguan melulu oleh Russia, namun RAF bersedia sepenuhnya untuk menangani aktiviti seperti ini.”

Ia bagaimanapun tidak mengesahkan siapa yang berada di sebalik insiden tersebut dan sama ada pesawat Healey menjadi sasaran secara sengaja. Insiden itu menyebabkan GPS pesawat tidak berfungsi sepanjang perjalanan selama tiga jam, memaksa juruterbang menggunakan sistem navigasi alternatif, menurut laporan akhbar tersebut.

The Times, yang wartawannya turut mengikuti Healey, berkata, peranti elektronik tidak dapat disambungkan ke internet dan beberapa bahagian panel kawalan pesawat turut mengalami gangguan.

Ia berlaku selepas MoD minggu lalu berkata, dua jet Russia berulang kali dan secara berbahaya memintas sebuah pesawat pengawasan Britain di Laut Hitam pada April.

Healey mengecam insiden itu sebagai tindakan juruterbang Russia yang berbahaya dan tidak boleh diterima di ruang udara antarabangsa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN