Perang Ukraine punca krisis keselamatan makanan global

Perang Ukraine punca krisis keselamatan makanan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Peperangan dan pencerobohan tentera Russia di Ukraine diakui menjadi faktor yang memburukkan lagi isu keselamatan makanan global sedia ada.

Wakil Tetap Amerika Syarikat ke Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rome, Cindy McCain berkata, situasi tersebut turut berlaku di Yemen serta negara Afrika dan Amerika Latin lain yang mengalami kekurangan makanan akibat kemarau, konflik dan ketidakstabilan politik. 

“Amerika Syarikat (AS) telah menghulurkan bantuan kemanusiaan segera dan strategi lebih meluas untuk meningkatkan keselamatan makanan.

“Kita perlu membuat pelaburan jangka panjang dalam keselamatan makanan kerana faktanya semua perkara bergantung kepada sumber itu,” katanya. 

Bagi mengatasi masalah itu, McCain menggesa semua negara bekerjasama menangani krisis makanan yang kian meruncing di seluruh dunia sejak Perang Dunia Kedua berakhir.  

Beliau menjelaskan krisis makanan yang melanda di peringkat global hari ini adalah yang terburuk sejak lebih 70 tahun lalu. 

“AS memfokuskan usaha membina daya tahan jangka panjang berhubung keselamatan makanan dan menggalakkan negara lain bekerjasama mencegah pembaziran makanan di seluruh dunia yang menyebabkan kekurangan makanan dan berlaku kenaikan harga,” katanya. 

McCain berkata, pihak berkuasa AS mengumumkan pakej pelaburan jangka panjang bernilai AS$11 bilion (RM44 bilion) dalam usaha meningkatkan keselamatan makanan.

Beliau juga menekankan kerjasama AS dengan negara pengeluar bijirin akan membantu mengurangkan masalah tersebut sekali gus menstabilkan pasaran dan mengurangkan kenaikan harga. 

AS akan menggesa semua komuniti antarabangsa mengambil tindakan dengan membekalkan makanan semasa mesyuarat bersama delegasi menteri luar dari 30 negara di ibu pejabat PBB di New York, 18 dan 19 Mei ini.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya