Penyaman udara bocor, tiga rakyat AS maut di resort mewah Bahamas

Penyaman udara bocor, tiga rakyat AS maut di resort mewah Bahamas

RESORT Sandals Emerald Bay di Exuma, Bahamas. - SANDALS RESORT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Lelaki warga emas dari Florida merupakan seorang daripada tiga rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan maut dipercayai terhidu gas karbon monoksida selepas sistem penyaman udara di sebuah resort mewah di Bahamas mengalami kebocoran.

Dua lagi individu iaitu seorang lelaki dan wanita warga AS turut meninggal dunia namun belum dinamakan.

Semua mangsa dikatakan mengalami sawan sebelum meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, Vincent Chiarella, 65, meninggal dunia di Sandals Emerald Bay di Exuma pada Jumaat lalu semasa bercuti bersama isterinya, Donnis, 64.   

Anak lelaki pasangan itu, Austin Chiarella mendakwa Donnis mendapati dirinya lumpuh dan Vincent tidak bergerak sebaik sahaja dia bangun daripada tidur.        

“Ibu bangun daripada tidur dan menemukan bapa saya dalam keadaan terbaring di atas lantai tanpa sebarang pergerakan.

“Bahagian kaki, tangan bengkak sehingga ibu tidak boleh bergerak. Dia terpaksa menjerit meminta tolong masuk ke dalam bilik,” katanya.

Menurut Austin, ibunya mula-mula jatuh sakit pada Khamis lalu dan dibawa ke sebuah klinik tempatan.

Kesihatannya dilaporkan semakin baik beberapa hari selepas mengunjungi klinik berkenaan sebelum menemukan suaminya terbaring atas lantai.

Sehingga kini, Donnis sudah dihantar pulang ke Florida untuk rawatan perubatan selanjutnya.

Sementara itu, pihak berkuasa Bahamas akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian tiga rakyat AS tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya