Pawang Hujan MotoGP ramal keadaan anak gabenor hilang

Pawang hujan MotoGP ramal keadaan anak gabenor yang hilang

Pawang Hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kehilangan Emmeril Kahn Mumtadz, 23, yang merupakan anak lelaki Gabenor Jawa Barat yang hanyut di Sungai Aare, Switzerland, masih belum terjawab sehingga sekarang.

Perkembangan berita itu turut menarik perhatian Rara Isti Wulandri atau mesra disapa Mbak Rara yang merupakan pawang hujan semasa perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Mandalika, lapor Suara.com.

Pawang itu meramalkan Eril berada dalam keadaan tidak baik sehingga menjadi perhatian warganet.

Kenyataan itu tidak semena-mena menuai kritikan ramai kerana dianggap tidak bersimpati terhadap keadaan keluarga mangsa.

Ramalan tidak berasas itu diturut dikecam oleh Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI), Anwar Abbas yang mengingatkan golongan pawang tidak mencetuskan pergaduhan dengan turut sama meramalkan nasib Eril.

“Saya memberi peringatan kepada para dukun dan pengamal paranormal supaya tidak mencetuskan pergaduhan di negeri ini,” katanya.

Kecaman Anwar itu disambut baik oleh warganet yang menyifatkan Rara sudah terlewat meramalkan kejadian tersebut.

Mac lalu, khidmat pawang hujang yang menerima bayaran lumayan dipersoal selepas hujan turun tiba-tiba setengah jam sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya