Nigeria: Angka korban bangunan runtuh meningkat kepada 10 orang - Utusan Malaysia

Nigeria: Angka korban bangunan runtuh meningkat kepada 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Angka kematian akibat bangunan tiga tingkat runtuh di ibu negara Nigeria, meningkat kepada 10 orang.

Menurut pihak berkuasa, seorang kanak-kanak lelaki merupakan antara mangsa yang terkorban.

Bangunan itu yang sebahagian besarnya merupakan kediaman penduduk dan terletak di kawasan Ebute-Metta, runtuh pada Ahad lalu.

Sebelum ini, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Ibrahim Farinloye memaklumkan menemukan lapan mayat dan berjaya menyelamatkan puluhan mangsa yang masih hidup.

“Dua lagi mayat ditemukan membabitkan seorang budak lelaki berusia 4 tahun dan seorang wanita sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian,” katanya.

Kata Farinloye, seorang lagi penduduk berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah keseluruhan 24 mangsa terselamat.

Menurut NEMA, bahagian tingkat satu dan bawah bangunan digunakan sebagai gudang manakala yang selebihnya merupakan kediaman penduduk.

Jelas Farinloye, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca runtuhan itu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lagos mengesahkan angka kematian baharu itu dan menyatakan mangsa terselamat mengalami kecederaan yang berbeza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya