Kumpulan pertama jemaah Indonesia berlepas ke tanah suci Jun ini - Utusan Malaysia

Kumpulan pertama jemaah Indonesia berlepas ke tanah suci Jun ini

BAKAL jemaah melakukan latihan amali mengenai ibadah haji sebelum berangkat ke tanah suci di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Lebih 93,000 bakal jemaah akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji bermula Jun ini.

Kumpulan jemaah pertama akan berlepas ke tanah suci pada 4 Jun 2022 dan mendarat di Lapangan Terbang Madinah, manakala kumpulan jemaah terakhir berlepas pada 3 Julai ini dengan mendarat di Lapangan Terbang Jeddah.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Haji Dalam Negeri di Kementerian Agama, Saiful Mujab berkata, proses penghantaran jemaah haji akan berlangsung dalam masa 30 hari secara berperingkat.

Katanya, proses pulang dari tanah suci juga akan mengambil tempoh yang sama dengan kumpulan pertama dijangka tiba di tanah air pada 15 Julai ini.

“Kumpulan jemaah terakhir yang akan tiba di tanah air dijangka pada 13 Ogos 2022,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji Indonesia bagi tahun ini seramai 100,051 orang.

Jumlah itu terdiri daripada jemaah biasa (92,825), jemaah khusus (7,226) dan kuota petugas seramai 1,901.

Bagi mempercepatkan dan menjamin kelancaran proses, Ketua Pengarah Penyelenggaran Haji dan Umrah di Kementerian Agama, Hilman Latief meminta Kementerian Kesihatan supaya mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada bakal jemaah.

Selain itu, beliau juga menggesa supaya kementerian berkenaan menyusun jadual ujian saringan Covid-19 secara sistematik bagi memudahkan semua prosedur sebelum pelepasan jemaah.

Langkah itu seiring dengan penetapan kerajaan Riyadh yang meminta semua jemaah melakukan ujian Covid-19 dengan hasil negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke tanah suci.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN