BBC mohon maaf tidak sengaja label kelab MU sebagai sampah

BBC mohon maaf tidak sengaja label kelab MU sebagai sampah

BBC mohon maaf
TAJUK melabelkan kelab Manchester United sebagai sampah dipaparkan pada saluran BBC. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Stesen televisyen BBC mohon maaf susulan dua tajuk yang muncul pada skrin saluran berita itu yang antara lain melabelkan kelab `Manchester United (MU) sebagai sampah’.

Satu lagi tajuk tertera ‘cuaca hujan di mana-mana’ turut dipaparkan di saluran berita itu.

Lapor Daily Mail, tajuk menghina itu muncul di bahagian bawah skrin pada pukul 9.35 pagi (waktu tempatan) semasa siaran berita sukan mengenai tenis.

“Ketika laporan perlawanan tenis Terbuka Perancis dipaparkan di televisyen, tajuk `Manchester United adalah sampah’ muncul di bahagian bawah skrin.

“Ia diikuti dengan tajuk `hujan cuaca di mana-mana’ yang membawa kekeliruan dalam kalangan penonton,” jelas laporan itu.

Kira-kira dua jam kemudian, seorang penyampai berita BBC, Annita Mcveigh memohon maaf atas kesilapan dan sebarang kesalahan yang ditimbulkan dalam kalangan penyokong MU.

Menurut Mcveigh, kesilapan itu dilakukan oleh seorang pelatih yang sedang diajar cara menggunakan ticker

“Anda mungkin perasan sesuatu agak luar biasa tentang berita yang membuat komen mengenai Manchester United, dan saya berharap peminat MU tidak tersinggung dengan perkara itu.

“Biar saya menjelaskan apa yang berlaku di sebalik tabir, seseorang sedang berlatih untuk mempelajari cara menggunakan ticker dan cara meletakkan teks padanya, mereka tidak bermaksud untuk menyampaikan perkara itu tetapi hanya menulis perkara rawak dan perkataan seperti itu muncul di dalam berita. 

“Justeru, kami memohon maaf sekiranya anda tersinggung dan anda sendiri merupakan peminat MU. Ia merupakan satu kesilapan dan tidak dilakukan secara sengaja untuk dipaparkan pada skrin,” katanya.

Sementara itu, BBC menerusi kenyataan kepada agensi berita PA memaklumkan terdapat gangguan teknikal semasa latihan dengan ujian ticker, yang beralih kepada pengaturcaraan langsung selama beberapa saat.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya