Russia arah Konsulat Romania ditutup - Utusan Malaysia

Russia arah Konsulat Romania ditutup

RUSSIA mengarahkan pejabat Konsulat Romania ditutup. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia pada Khamis mengarahkan penutupan Kon­sulat Romania di Saint Petersburg dan mengusir Konsul Jeneral negara itu.

Ia adalah sebagai tindakan balas terhadap keputusan Romania menutup misi diplomatik Russia di bandar pelabuhan Constanta.

Hubungan antara Russia dan Romania yang merupakan anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum ini tegang. Ini kerana sebuah dron merempuh rumah di bandar Galati, Romania, berhampiran sempadan Ukraine, bulan lalu.

Romania menuduh Moscow melancarkan dron itu yang mengenai sebuah bangunan kediaman di luar wilayah Ukraine buat kali pertama sejak Russia melancarkan pencerobohan ke atas negara itu pada 2022.

Russia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Selepas dipanggil menghadiri pertemuan di Kementerian Luar Russia, utusan Romania, Cristian Istrate menerima satu nota. Nota itu mengisytiharkan Konsul Jeneral Romania di Saint Petersburg sebagai persona non grata (individu yang tidak dialu-alukan), menurut kenyataan kementerian itu.

Nota tersebut turut menyatakan penutupan pejabat konsulat itu akan dibuat  dalam masa terdekat, kata kenyataan sama.

Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap keputusan Romania menutup misi diplomatik Russia di bandar Constanta, pesisir Laut Hitam. 

Kementerian Luar Romania menyifatkan tindakan Russia itu sebagai sesuatu yang boleh dijangka.

Insiden dron yang terhem­pas pada Mei lalu, yang menyebabkan dua orang cedera, mencetuskan kemarahan Romania serta sekutu-sekutunya dalam NATO dan EU. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×