Bergaya cara sendiri

Bergaya cara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada orang kata, kalau mahu tahu mood seseorang, tengok sahaja warna baju dipakainya. Saya pula percaya, kalau mahu tahu seseorang itu masih seronok menjalani hidup, tengok almari pakaiannya.

Kalau semuanya hitam, putih dan beige, mungkin sudah tiba masanya kita beri sedikit ruang untuk warna, tekstur dan sedikit ‘drama’ untuk gaya.

Fesyen sepatutnya bukan sekadar tentang nampak cantik tetapi meraikan diri sendiri, bermain dengan gaya dan mengingatkan kita yang menjadi dewasa tidak bermaksud kita perlu berhenti berseronok.

Itulah sebabnya saya cukup tertarik dengan falsafah di sebalik Calaqisya.

Ditubuhkan oleh tiga beradik, jenama ini berkembang dengan tenang tetapi konsisten, tanpa perlu terlalu bising untuk membuktikan kemampuannya.

Mereka menggelarkan pelanggan sebagai Calaqueens, satu panggilan yang manis tetapi cukup bermakna.

Seolah-olah mengingatkan yang setiap wanita layak diraikan dan dimanjakan setiap kali menyarung pakaian.

Bukankah itu sebenarnya semangat sisterhood? Kita tidak bersaing untuk bersinar tetapi saling memberi ruang supaya semua boleh bersinar bersama-sama.

Koleksi paling mencuri hati saya ialah dari maison lumière, rekaan stardust cardigan, terutama dalam rona merah.

Merah sering dikaitkan dengan keberanian, keyakinan dan semangat, tetapi pada kardigan ini, ia hadir dengan cara yang lebih lembut dan mudah didekati.

Diperbuat daripada knitted wool dengan potongan oversized santai, tekstur menarik dan siluet mudah dipadankan, inilah baju yang dicapai berulang kali tanpa perlu berfikir panjang.

Tambahan sentuhan glitter halus pada pilihan warna tertentu menjadikannya kelihatan sedikit magis tanpa terasa keterlaluan.

Bagi wanita berhijab, kardigan merah ini boleh menjadi titik fokus keseluruhan penampilan.

Padankan dengan inner putih, krim atau beige bersama tudung polos dalam rona sama lembut supaya warna merah benar-benar menyerlah.

Jika ingin gaya lebih berani tetapi masih elegan, pilih tudung rona mocha atau kelabu lembut yang memberi kontras moden tanpa mengganggu keseimbangan warna.

Kalau anda seorang peminat skirt, lebih banyak ruang untuk bermain.

Skirt satin dalam rona champagne, putih atau hitam akan menjadikan kardigan merah ini kelihatan lebih sofistikated.

Skirt pleated pula memberi sentuhan klasik yang feminin, manakala skirt denim panjang bersama sneakers putih menghasilkan gaya hujung minggu yang santai tetapi tetap bergaya.

Rahsianya mudah, biarkan kardigan menjadi bintang utama, manakala helaian lain sekadar melengkapkan ceritanya.

Dan kalau hati anda memang mahu bermain sedikit dengan gaya, teruskan langkah ke maison lumière untuk melihat skirt tinsel.

Bayangkan sedikit kilauan, kelembutan dan cukup elegan untuk dipakai bukan sahaja ke majlis, tetapi ketika makan tengah hari bersama rakan-rakan.

Dipadankan dengan kemeja putih, knit top atau bahkan baju T polos, skirt ini terus mengubah penampilan biasa menjadi sesuatu yang lebih istimewa tanpa kelihatan berlebihan.

Menariknya, kedua-dua rekaan ini boleh didapati lebih awal secara eksklusif sehari sebelum pelancaran dalam talian, semalam.

Saya sukakan konsep ini. Ia seperti tayangan perdana sebuah filem.

Anda bukan sekadar membeli pakaian, tetapi menjadi antara orang pertama yang melihat, menyentuh dan membawa pulang koleksi tersebut sebelum orang lain.

Mungkin itulah peringatan yang kita perlukan minggu ini.

Tidak semua kegembiraan perlu datang daripada percutian mewah atau hadiah besar.

Kadang-kadang ia datang daripada kardigan merah yang membuatkan anda berdiri lebih tegak, skirt yang membuatkan langkah terasa ringan atau kawan baik yang berkata, “cantiknya awak hari ini.”

Kerana akhirnya, hidup ini terlalu singkat untuk gaya yang terlalu selamat.

Pakailah warna yang membuatkan hati berbunga, ketawalah sedikit lebih kuat dan jangan takut menjadi versi diri yang lebih ceria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN