Onn Hafiz yakin pertahan Machap, seru kempen matang 

Onn Hafiz yakin pertahan Machap, seru kempen matang 

ONN Hafiz Ghazi bersalaman dengan calon PH, Nur Hafiz Roslan-/pix SHIDDIQQIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 perlu berlangsung dalam suasana sihat, tertib dan beradab bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau menerima maklumat bahawa proses penamaan calon di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu berlangsung dengan baik dan lancar.

“Alhamdulillah daripada segi pencalonan hari ini berjalan dengan baik dan lancar, dan saya dapat maklumat setakat ini, keadaan di 56 DUN berjalan dengan baik dan lancar. Kita doakan perjalanan dua minggu yang mendatang juga akan berada dalam keadaan yang baik dan lancar.

“Tahniah kepada semua calon yang bertanding, kita bertanding secara sihat, tertib dan adab,” katanya ditemui pemberita selepas menghantar borang pencalonan di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam, hari ini.

Onn Hafiz bakal berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan, dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Machap yang disandangnya.

Mengulas saingan tersebut, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pertandingan dan akan berusaha mempertahankan kerusi berkenaan.

“Dalam keadaan pilihan raya, apa-apa pun boleh berlaku, jadi kita akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan undi daripada rakyat. Insya-Allah,” katanya.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN