Sukarelawan baik pulih al-Quran lama sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Sukarelawan baik pulih al-Quran lama sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Sama seperti negara lain yang masih dihimpit dengan perang saudara, Libya sekali lagi menyambut ketibaanRamadan dengan ‘seadanya’.

Namun, keadaan serba kekurangan itu tidak mematahkan semangat sekumpulan sekarelawan yang bertungkus-lumus membaik pulih kitab suci al-Quran yang sudah lapuk atau rosak.

Khaled al-Drebi, seorang pembaik pulih al-Quran yang terkenal di Libya merupakan antara sukarelawan yang setiap hari pergi ke bengkel di sini untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat semasa Ramadan.

“Pembelian al-Quran baharu lazimnya akan meningkat menjelang Ramadan. Namun, keadaan itu sudah berubah di Libya.

“Hal ini kerana, harga al-Quran yang semakin naik, terutamanya sejak Tripoli menghentikan operasi pencetakan al-Quran,” katanya.

Libya sudah dibelenggu konflik selama lebih sedekad.

Bagaimanapun, kos bukanlah satu-satunya faktor mengapa pembelian al-Quran baharu semakin menurun.

Kebiasaannya, al-Quran mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

“Ramai pelanggan memilih untuk memelihara al-Quran yang diwarisi oleh keluarga secara turun-temurun, malah ada dalam kalangan mereka mendakwa terdapat bau ahli keluarga mereka pada kitab suci itu,” ujar Khaled.

Menurut seorang lagi sukarela, Abdel Razzaq al-Aroussi, pemulihan al-Quran yang hanya mengalami sedikit kerosakan mengambil masa kurang satu jam dan memerlukan masa lebih lama jika kerosakan teruk.

Bagi penyelia bengkel, Mabrouk al-Amin pula menyatakan bekerja dengan kitab suci itu amat menyeronokkan dan tidak sesekali membosankan.

Malah katanya, golongan wanita juga semakin ramai menjadi sukarelawan untuk membaik pulih al-Quran.

Seorang daripadanya, Khadija Mahmoud berkata, kerja membaik pulih kitab suci itu membuka laluan kepada ramai wanita untuk mengisi masa terluang dengan pekerjaan yang bermakna. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN