Richard Branson rayu Singapura ampunkan Nagaenthran

Richard Branson rayu Singapura ampunkan Nagaenthran

AKTIVIS membantah hukuman mati terhadap Nagaenthran di luar pekarangan pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Billionair Britain, Richard Branson menggesa kerajaan Singapura supaya tidak ‘menggadaikan nyawa’ seorang rakyat Malaysia yang mengalami masalah ketidakupayaan mental dengan pelaksanaan hukuman mati. 

RICHARD BRANSON

Pengasas Kumpulan Virgin itu berkata, hukuman tersebut adalah sangat ‘mengerikan’ dan boleh menjejaskan reputasi negara itu. 

Menerusi temuramah secara panggilan video bersama AFP, Branson yang sudah berjuang sejak sekian lama menentang hukuman mati, menggesa Presiden Singapura, Halimah Yacob memberikan pengampunan kepada Nagaenthran K. Dharmalingan.   

“Saya sangat berharap pada petang hari ini, hukuman mati itu tidak dilaksanakan.

“Kami merayu supaya Presiden memberikan lelaki itu pengampunan. Kami merayu supaya hukuman menggantung pesalah dipertimbangkan semula. Hukuman itu sangat tidak berperikemanusiaan.

“Saya tidak fikir negara yang bertamadun perlu membunuh rakyatnya sendiri atau sesiapa pun,” katanya dari kediamannya di British Virgin.   

Halimah mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan yang merupakan peluang terakhir Nagaenthran untuk diselamatkan selepas selesai menjalani semua proses rayuan di mahkamah. 

Nagaenthran didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura yang akan menjalani hukuman gantung esok. 

Nagaenthran ditahan pada 2009 kerana didakwa mengedar sebanyak 42.72 gram heroin ke negara itu yang mempunyai undang-undang dadah paling tegas di dunia.

Suspek ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya.

Pelaksanaan hukuman gantung itu mencetuskan kecaman antrabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah yang menyifatkan pelaksanaan hukuman itu adalah kejam dan tidak berkesan untuk penghalang jenayah dadah. 

Dalam pada itu, Branson berkata, dia menghormati Singapura sebagai sebuah hab kewangan, tetapi hukuman mati itu adalah aspek ‘sangat negatif’ kepada negara itu. 

Beliau menggesa negara itu memansuhkan hukuman mati dan ‘mengikut pelaksanaan hukuman seperti kebanyakan negara bertamadun lain lakukan’.-AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya