Penunjuk perasaan merusuh, Sri Lanka isytihar darurat - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan merusuh, Sri Lanka isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka mengisytiharkan darurat di seluruh negara, sehari selepas tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan kediaman presiden bertukar ganas.

Penunjuk perasaan dilaporkan merusuh dan bertempur dengan pasukan keselamatan, selain membakar sejumlah kenderaan berhampiran kediaman Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Berikutan itu, pasukan keselamatan ditempatkan di kawasan utama di seluruh Colombo dan diberi kuasa untuk menangkap mana-mana pihak yang disyaki sengaja mencetuskan kekecohan tanpa waran.

Ketika ini, Sri Lanka dilanda krisis ekonomi terburuk sejak merdeka.

Krisis itu bermula akibat kekurangan pengaliran mata wang asing yang digunakan untuk membayar import bahan api.

Selain itu, penduduk terpaksa berdepan dengan catuan bekalan elektrik, kekurangan bahan api dan bekalan makanan asas serta ubat-ubatan.

Lapor BBC, sekurang-kurangnya puluhan anggota polis cedera dalam rusuhan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN