Imran Khan tuntut pilihan raya baharu diadakan

Imran Khan tuntut pilihan raya baharu diadakan

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap di perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.

Ia adalah perhimpunan besar-besaran ketiga dianjurkan sejak Imran digulingkan awal bulan ini melalui usul undi tidak percaya di Parlimen, yang disifatkan oleh bekas perdana menteri itu sebagai operasi perubahan rejim yang disokong anasir luar.

Bagaimanapun, Imran tidak memberi sebarang tarikh untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dirancangnya di Islamabad bagi memberi tekanan ke atas pemerintah baharu serta meminta penyokongnya menanti pengumuman selanjutnya.

“Anda perlu menunggu saya menyeru anda semua ke Islamabad,” katanya ketika bercakap di monumen Minar-e-Pakistan.

Menurut Imran, ‘sesiapa yang telah melakukan kesalahan’ dalam menjatuhkan pemerintahnya boleh menebusnya dengan mengadakan pilihan raya baharu.

“Saya mahu pilihan raya diumumkan secepat mungkin,” katanya.

Beliau meminta pemimpin dan anggota parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan untuk menyebarkan erti ‘perjuangan kebebasan sebenar’ bagi membina sebuah negara yang tidak akan tunduk kepada kuasa luar.

Imran mengulangi kenyataan pemerintahannya dijatuhkan kerana beliau mahu melaksanakan dasar luar yang bebas, memerangi Islamofobia di forum antarabangsa dan menjalin hubungan lebih erat dengan China, Rusia dan negara-negara Islam demi kepentingan Pakistan.

Beliau berkata, lawatannya ke Rusia Februari lalu mendapat kritikan negara Barat, sekalipun dilakukan untuk faedah ekonomi negaranya.

“Kenapa saya ke Rusia? Saya ke Rusia kerana bekalan gas di Pakistan semakin berkurangan dan kita perlu menandatangani kontrak.

“Rusia menawarkan minyak pada diskaun 30 peratus. Kita perlu mengimport dua juta tan gandum dari Rusia dan diskaun 30 peratus turut ditawarkan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya