Aidilfitri: Banyak bas ekspres rosak kerana lama tidak bergerak

Aidilfitri: Banyak bas ekspres rosak kerana lama tidak bergerak

aidilfitri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Pihak berkuasa Bandung menerusi Jabatan Perhubungan Pengangkutan Kelamatan terhadap sejumlah bas ekspres yang akan digunakan untuk membawa masyarakat pulang beraya ke kampung halaman pada Aidilfitri tahun ini.

Langkah itu bertujuan memastikan semua bas dalam keadaan baik sebelum melakukan perjalanan.

Pemangku Ketua Divisi Keselamatan Pengangkutan di jabatan tersebut, Asep Kuswara berkata, berdasarkan pemeriksaan awal terhadap 20 bas ekspres, hanya dua sahaja yang layak untuk melakukan perjalanan.

“Hal ini kerana banyak bas tidak beroperasi sejak larangan pulang ke kampung ditangguh buat sementara waktu dua tahun lalu susulan pandemik Covid-19.

“Sebagai contoh, banyak masalah berlaku melibatkan pengelap cermin depan. Biarpun tampak remeh, namun alat itu amat diperlukan ketika hujan, selain terdapat juga masalah pada lampu isyarat.

“Kesemua aspek perlu diteliti bagi memastikan bas mampu melakukan perjalanan kerana sekecil-kecil masalah boleh menyebabkan musibah yang tidak diingini,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, beliau juga menganggarkan jumlah masyarakat yang pulang ke kampung pada Aidilfitri ini bertambah tiga kali ganda berbanding 2019.

Sehubungan itu, Jabatan Perhubungan Pengangkutan bandung menyiapkan sebanyak 7,000 bas ekspres.

“Sebanyak 7,000 bas akan digunakan untuk masyarakat pulang ke kampung pada tahun ini.” ujarnya.

Sementara itu, Asep turut mengingatkan masyarakat supaya tidak ‘terlalu gembira’ untuk pulang ke kampung sehingga lupa protokol kesihatan yang masih perlu dipatuhi bagi mengawal penularan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya