Sosej beracun dijual berleluasa di Thailand

Sosej beracun dijual berleluasa di Thailand

SERAMAI 14 kanak-kanak mengalami gangguan darah selepas makan sosej yang mengandungi asid nitrik dan asid benzoik berlebihan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand mengesan sejumlah sosej yang dijual di negara ini mengandungi jumlah asid nitrik dan asid benzoik pada tahap berbahaya.

Pemeriksaan itu dibuat selepas pihak berkuasa Thailand menerima laporan mengenai sejumlah kanak-kanak mengalami masalah darah selepas makan sosej.

Sehubungan itu, lebih 20 pengeluar makanan segera tersebut bakal didenda dan dikenakan penalti kerana menggunakan bahan kimia secara berlebihan untuk menghasilkan sosej.

Siasatan oleh FDA dilakukan selepas Pusat Racun di Hospital Ramathibodi mengkaji kes melibatkan 14 pesakit kanak-kanak di seluruh Thailand yang mengalami masalah methemoglobinemia atau gangguan darah yang boleh menyebabkan kematian selepas mereka makan sosej.

Pusat itu memaklumkan, kadar asid nitrik yang tinggi boleh menyebabkan methemoglobinemia.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan, kesemua kanak-kanak itu makan sosej di Chiang Mai, Phetchaburi, Saraburi, Trang, Phayao, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, dan Kanchanaburi.

FDA kemudiannya mengambil sampel dari 102 jenama sosej dalam pasaran di seluruh Thailand.

Daripada 44 sampel yang diuji, 22 daripadanya didapati mengandungi kadar asid nitrik dan benzoik yang berlebihan.

“Sebanyak 22 sampel sosej mengandungi kadar nitrik yang digunakan sebagai pengawet makanan melebihi had dibenarkan iaitu 80 miligram bagi setiap sekilogram.

“Kesemua sosej itu dijual tanpa cop kelulusan FDA pada bungkusan dan dihasilkan dari kilang tidak berdaftar dengan FDA,” menurut laporan itu yang dipetik Nation Thailand.

Pengilang yang didapati menyalahgunakan kandungan nitrik boleh dipenjara dua tahun dan denda sehingga 20,000 baht (RM2,517).

Namun, laporan itu tidak menyebut jika keluarga kanak-kanak yang terjejas akan menerima pampasan.

Dalam pada itu, orang ramai dan peniaga dinasihatkan supaya menyemak setem rasmi FDA pada bungkusan makanan serta maklumat lain seperti pengilang, tarikh pembuatan, tarikh luput dan ramuan.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penggunaan nitrik secara berlebihan, FDA mengadakan latihan secara dalam talian menerusi laman Facebook pada 22 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.