Penduduk Bireuen halau pelarian Rohingya 'besar kepala'

Penduduk Bireuen halau pelarian Rohingya ‘besar kepala’

SEBAHAGIAN daripada pelarian Rohingya yang terkandas di Aceh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Sebanyak 114 pelarian etnik Rohingya yang terkandas di Desa Alue Buya Pasie, Aceh dihalau penduduk setempat kerana mereka berang ditegur ketika cuba melarikan diri daripada pusat perlindungan sementara.

Lapor CNN Indonesia memetik Ketua Desa Alue Buya Pasie, Muslem berkata, ada pelarian yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu sehingga mereka berani melawan.

“Pada mulanya, penduduk setempat menangkap tiga pelarian Rohingya yang cuba melarikan diri kemudian mereka ditegur supaya tidak berbuat demikian.

“Namun, pelarian berkenaan tidak mengendahkan teguran yang diberi, malah berlalu pergi,” kata Muslem.

Jelasnya, selama ini, penduduk di kampung tersebut tidak mempunyai masalah dengan pelarian Rohingya yang terkandas, malah sering memberi mereka makanan dan keperluan asas yang lain.

Kata Muslem, penduduk setempat sudah berulang kali menegur golongan itu supaya tidak melarikan diri dan menunggu tindakan pihak berkuasa untuk membantu mereka.

“Kita beri mereka tempat tinggal, makan, minum dan pakaian, namun mereka masih degil dan sehubungan itu, penduduk setempat membuat keputusan untuk menghalau mereka.

“Ketika ini, kesemua 114 pelarian Rohingya tersebut sudahkan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Bireuen oleh pasukan tentera.

Sebelum itu, organisasi Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bercadang memindahkan pelarian Rohingya tersebut ke pusat latihan kerja di Lhokseumawe.

Kesemua 114 pelarian itu tiba di sini pada 6 Mac lalu selepas bot mereka terkandas, namun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar golongan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya