Krisis Ukraine: Hampir 836,000 penduduk melarikan diri ke negara jiran

Krisis Ukraine: Hampir 836,000 penduduk melarikan diri ke negara jiran

ukraine
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Kira-kira 836,000 penduduk dilaporkan melarikan diri ke negara jiran susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Data itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berdasarkan laman sesawang Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), secara keseluruhan, seramai 835,928 orang menyeberangi sempadan Ukraine sejak pencerobohan Rusia.

Jumlah pelarian itu lebih tinggi berbanding bilangan yang diumumkan oleh ketua UNHCR, Filippo Grandi.

Sebelum ini, Grandi memaklumkan seramai 677,000 orang sudah melarikan diri untuk mencari perlindungan.

Dilaporkan, lebih separuh pelarian itu menuju arah barat ke Poland.

Rusia mendakwa pasukan tenteranya sudah menguasai bandar Kherson di selatan Ukraine, ketika peperangan antara negara ini dengan Ukraine memasuki hari ketujuh.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, bandar Kherson dikuasai sepenuhnya oleh tentera Rusia selepas pasukan Ukraine gagal mempertahankan kawasan tersebut.

Katanya, keadaan di Kherson stabil dengan premis perniagaan dan kemudahan awam beroperasi seperti biasa, termasuk pengangkutan awam.

“Bandar Kherson tidak mengalami kekurangan bekalan makanan atau keperluan asas. Penduduknya masih boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa.

“Pasukan tentera Rusia akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan bagi memasti semua sektor di Kherson terus dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kherson, Igor Nikolayev menerusi Facebook menegaskan, biar apa pun yang berlaku, beliau tidak akan meninggalkan Kherson.

“Kherson akan kekal dalam Ukraine dan kami akan terus bertahan,” ujarnya. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya