'Kalau berlaku serangan biologi semuanya salah Rusia'

‘Kalau berlaku perang biologi semuanya salah Rusia’

KETERANGAN mengenai Biolabs oleh Kedutaan AS di Ukraine.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengaku bekerjasama dengan Ukraine bagi menghalang tentera Rusia menceroboh dan merampas bahan penyelidikan biologi.

Jabatan Negara juga menyatakan kebimbangan sekiranya tentera Rusia cuba mendapatkan kawalan kemudahan penyelidikan biologi di Ukraine.

Semalam, Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Vicoria Nuland memberi keterangan semasa perbicaaran Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengenai Ukraine di Washington.

Jawatankuasa itu ditetapkan bagi mengkaji pencerobohan Rusia terhadap Ukraine dan tindak balas dari seluruh dunia.

Berikutan maklum balas itu, Senator AS, Marco Rubio menambah terdapat laporan ‘propaganda Rusia’ yang mendakwa penemuan plot oleh Ukraine untuk melepaskan senjata biologi yang diselaraskan oleh NATO.

Ditanya sama ada serangan senjata biologi atau kimia akan berlaku di Ukraine yang didalangi oleh Rusia, Rubio tidak menolak dakwaan itu.

“Saya yakin kerana ia adalah teknik klasik Rusia untuk menyalahkan lelaki lain atas apa yang mereka rancang untuk lakukan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Rusia mendakwa makmal biologi Biolabs yang dibiayai oleh AS sedang membangunkan senjata biologi di Ukraine.

Kedutaan AS di Ukraine menyatakan pihaknya membiayai program penyelidikan di Ukraine bagi membangunkan ‘patogen paling berbahaya di dunia’.

Ahad lalu, Kementerian Pertahanan Rusia menemukan bukti Biolabs memusnahkan sampel patogen berbahaya dengan segera apabila ‘operasi ketenteraan’ bermula.

Ia berlaku dua hari selepas Rusia mendakwa Ukraine membina senjata nuklear daripada bom kotor berasaskan plutonium.

Kementerian Luar Moscow memuat naik ciapan Twitter mengenai penemuan bukti Kyiv berusaha menghapuskan jejak program biologi ketenteraan di Ukraine yang dibiayai oleh Pentagon.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya