Jemaah di Jakarta, Depok bersyukur dapat solat Jumaat rapat saf - Utusan Malaysia

Jemaah di Jakarta, Depok bersyukur dapat solat Jumaat rapat saf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Umat Islam di beberapa masjid di Jakarta dan Depok hari ini berpeluang menunaikan solat Jumaat dalam keadaan rapat saf.

Lapor CNN Indonesia, pelaksanaan ibadah rapat saf itu dibenarkan selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan kebenaran dan termaktub untuk semua solat termasuk tarawih dan solat sunat Aidilfitri.

di Majsid Sa’adatuddrain di Jati Padang, Jakarta Selatan menyaksikan ratusan jemaah menunaikan solat rapat saf, malah ada yang tidak memakai pelitup muka.

Suasana itu berbeza berbanding sebelum ini ketika pihak berkuasa menetapkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covid-19.

Di sebalik sekatan Covid-19 yang mula dilonggarkan secara berperingkat, masih ada penduduk yang khuatir dengan risiko jangkitan.

Menurut seorang jemaah yang dikenali sebagai Hedi Basri, dia berasa bimbang dengan jemaah yang tidak memakai pelitup muka.

“Alhamdulillah kita sudah boleh menunaikan solat secara rapat saf, tapi lebih bagus jemaah turut memakai pelitup muka,” katanya.

Selain itu, Masjid Nurul Hikmah di Depok Jaya juga berpeluang menunaikan solat Jumaat secara rapat saf.

Keadaan sama juga berlaku di Masjid at-Taubah di Jakarta Timur.

Dalam pada itu, kebanyakan jemaah manzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang laksana solat secara rapat saf, terutamanya menjelang Ramadan tidak lama lagi/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya