Dulu menteri kewangan Afghanistan, sekarang bawa Uber

Dulu menteri kewangan Afghanistan, sekarang bawa Uber

KHALID Payenda mengelap keretanya sementara menunggu pelanggan. - THE WASHINGTON POST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Menteri Kewangan Afghanistan, Khalid Payenda bertukar karier menjadi seorang pemandu Uber di Washington, selepas beliau melarikan diri dari Kabul tahun lalu. 

Lapor The Guardian, dia mampu meraih pendapatan AS$150 (RM630) ketika bekerja selama enam jam. 

Katanya, dia juga pernah menerima bonus sebanyak AS$95 (RM399) sekiranya melengkapkan 50 perjalanan bagi dua hari. 

Lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta Honda Accord itu berasa bersyukur kerana mempunyai peluang untuk menyara ahli keluarganya. 

“Saya tidak mempunyai mana-mana tempat untuk pergi. Saya bukan berasal di sini dan saya tidak mahu berada di sana (Afghanistan). Ternyata ini adalah perasaan yang sangat kosong,” luahnya. 

Afghanistan menghadapi krisis kemanusiaan dan ekonomi, aset dibekukan dan terputus daripada bantuan antarabangsa selepas kerajaan Taliban mengambil alih pemerintahan. 

Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan seminggu sebelum Taliban merampas Kabul kerana hubungannya dengan bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani semakin merosot. 

Bimbang dirinya akan ditangkap, dia memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) ketika itu. 

Khalid turut menceritakan pengalamannya pada hujung 2020, ketika ibunya meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Kabul yang sangat daif. 

Dia dilantik menjadi menteri kewangan ketika itu di bawah pentadbiran Ashraf.  

“Saya melihat banyak keburukan dan kami gagal memulihkan ekonomi negara. Sangat sukar apabila anda melihat kesengsaraan rakyat dan perlu memikul bertanggungjawab besar,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya