35,000 hektar tanaman ketum musnah diserang hama

35,000 hektar tanaman ketum musnah diserang hama

ketum
SEBAHAGIAN daripada pokok ketum yang rosak akibat diserang hama daun di Kalimantan Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIANAK: Sebanyak 35,000 hektar tanaman ketum di Kapuas Hulu, Kalimantan Barat rosak akibat diserang hama daun.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan penanam mengalami kerugian besar.

Seorang daripadanya, Andhio berkata, serangan hama itu berlaku sejak dua bulan lalu menyebabkan mereka mengalami kerugian sehingga jutaan rupiah.

“Dalam tempoh sebulan, kami biasanya dapat mengambil hasil tanaman sebanyak dua kali, namun disebabkan serangan hama ini, kami langsung tidak dapat mengambil hasil.

“Sudah dilakukan pelbagai cara untuk mengelak serangan hama tersebut, namun masih berlaku sehingga kini,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Umum Perdagangan dan Industri Kalimantan Barat, Zaidar Mochtar menyatakan ekonomi penanam ketum sudah pun mula merosot sejak penghujung 2021 sehingga kini.

Katanya, pada akhir 2021, pengusaha ketum diuji dengan banjir dan kini, berdepan masalah hama daun.

“Sebahagian besar pokok ketum yang ditanam sebelum ini rosak dan daunnya tidak boleh diambil untuk tujuan produksi.

“Keadaan itu meresahkan golongan penanam yang bergantung sumber pendapatan dengan ketum,” ujarnya.

Indonesia sebelum ini mengeksport tanaman itu ke Belanda menerusi Lapangan Terbang Supadio Pontianak sejak 29 September 2021.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan polemik apabila Badan Narkotik Nasional memasukkan ia sebagai satu daripada dadah golongan I.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.